iklan

SINCE 18/08/2009

Monday, May 24, 2010

Atas kerusi walker


Sedang berehat atas kerusi, jam 6.40pm hari isnin 24 may 2010

Saturday, May 15, 2010

Peristiwa 13 Mei 1969



Mayat tanpa kepala

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku
.

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) danParti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi Pada 13 Mei 1969 perarakan kemenangan pihak pembangkang telah dijalankan. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu : 86 orang
  • Cina : 342 orang
  • Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermainmahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada kita hidup atau mati".

Berita lanjut sila lihathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Friday, May 14, 2010

Sunday, May 9, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails